comeso diterajui sekumpulan jurutera IT dan perisian dari Jerman, membangunkan penyelesaian teknikal bagi menangani cetak rompak atas talian. Wujudnya aspirasi ini kerana pada waktu itu, para penerbit Anime di Jerman berhadapan dengan kerugian kewangan disebabkan cetak rompak atas talian. Bagi melindungi pelaburan terdahulu dan masa depan, comeso di berikan tanggungjawab untuk mengawal pelanggaran hak yang dilindungi atau hak cipta.
Menggunakan teknologi dan algorithma terbaharu, comeso berjaya menyingkirkan dalam jumlah yang besar. Tambahan pula, sebagai sebahagian penyelesaian lengkap, pengguna diajar untuk menggunakan tawaran yang sah berbanding secara pengalihan informasi. Hasilnya, usaha comeso berjaya menjadikan pasaran lancar dan pulih sepenuhnya.
Atas galakan kejayaan besar sistem mereka, comeso berusaha dari awal 2012 untuk mengembangkan sistem mereka mempelopori dalam perlindungan muzik dan kandungan perisian daripada cetak rompak atas talian dan turut memantau serta membuang cetak rompak atas talian dalam mana-mana bahasa. Hasil keberkesanan usaha teknikal yang unik bagi menyelesaikan masalah cetak rompak atas talian, ia membolehkan comeso untuk meliputi patform yang luas yang digunakan di bahagian berbeza di seluruh dunia.
Dengan keputusan yang positif dalam menangani cetak rompak atas talian bagi anime, muzik dan bidang kandungan perisian, comeso melangkah maju dengan menawarkan perlindungan bagi sebarang kandungan produk dalam semua bahasa. Perkhidmatan comeso kini sedia bagi pengguna berskala global. comeso berusaha gigih untuk menjadi pembekal perkhidmatan anti cetak rompak terkemuka bagi industri kandungan di dunia.
Semakin banyak syarikat berminat terhadap perkhidmatan yang comeso tawarkan kerana keunikannya dalam mencapai kejayaan menghapuskan cetak rompak atas talian yang sebelum ini tidak mampu ditangani sesiapa pun.
Reputasi comeso di kalangan ISP , perkhidmatan serta pemilik laman sesawang semakin berkembang setiap hari memudahkan mereka untuk membuang kandungan daripada lebih banyak laman sesawang tidak sah yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana syarikat sebelum ini.
Oleh hal itu serta reputasi yang baik, comeso juga mendapat capaian kepada hubungan dan pelbagai interface yang dipercayai untuk membuang salinan haram dengan lebih cepat.
Selepas kejayaan ini comeso membuat keputusan untuk mengembangkan sayapnya ke Jepun dan Korea untuk menunjukkan keberkesan sistem anti cetak rompak kepada penerbit kandungan di seluruh negara yang mempunyai kadar cetak rompak yang tinggi.
Pada tahun 2015, comeso mampu memulakan kerjasama dengan para pengarah dan penerbit kandungan video dari Jepun dan Korea dan mendapat maklum balas yang amat positif daripada para pelanggan dan kini berusaha meyakinkan semua penerbit untuk turut serta melindungi kandungan mereka daripada cetak rompak atas talian.
Setelah mendapat kelulusan daripada kebanyakan syarikat utama dalam industri kandungan di Jepun dan Korea, comeso kini memperoleh kepercayaan mereka dalam melindungi kandungan milik mereka daripada cetak rompak atas talian. Dengan ini, semakin banyak syarikat di Jepun dan Korea kini bergantung secara eksklusif terhadap perkhidmatan comeso. Untuk meluaskan lagi skop dalam menangani cetak rompak atas talian comeso dalam industri kandungan, comeso juga terlibat dalam projek berskala besar dala kerjasama dengan pertubuhan yang berkaitan dengan kerajaan. Melalui ini, comeso merancang untuk turut menawarkan perkhidmatan perlindungan kandungan ke negara-negara lain di Asia Tenggara selain daripada Jepun dan Korea.